Showing posts sorted by relevance for query lucah. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query lucah. Sort by date Show all posts

Penggodam Malaysia Godam Laman Web Lucah

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi melayari laman [GH],kami di gilerhackers akan sentiasa mencari berita yang pastinya terbaik dari ladang.Kali ini [GH] diberitahu oleh seorang teman difacebook yang mendakwa laman web lucah digodam penggodam malaysia DOTMY Crew.

Mengikut sumber,Dotmy Crew merupakan penggodam dari kalangan Topi Hitam atau dikenali dengan golongan Black hat Hackers.Black hat boleh diketegorikan sebagai penggodam yang mencari sesuatu kelamahan pada laman sesawang dan merosakannya. kali ini [GH] tidak menyentuh tentang black hat, tetapi terhadap 2 laman web lucah yang digodam penggodam Malaysia

screen shot defacement yang dilakukan pada halaman utama:

Pautan laman sesawang lucah yang digodam:

http://pornkubi.com/
http://zone-h.org/mirror/id/18254321

http://videoofxxx.com/
http://zone-h.org/mirror/id/18254325

[GH] dimaklumkan semua data dan folder pada laman sesawang itu juga turut dimusnahkan.. Walau apa pun,[GH] mengucakap kan Tahniah kepada Rain Seven Dotmy Crew (merangkap sebagai ketua kumpulan) kerana berjaya memusnahkan laman sesawang yang tidak berfaedah seperti itu.Rain Seven DotMy juga pernah mengodam lebih dari 600 website mengikut apa yang direkod kan di zone-h

Lihat rekod beliau di: http://zone-h.org/archive/notifier=RainsevenDotMy

Op Israel! Laman web Lucah Israel Digodam!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Misi Ops israel kali ini betul betul mendapat perhatian ramai, selepas 7 April, mengikut kiraan, sekurang kurangnya lebih dari 3000 laman israel digodam.Terkini [GH] mendapat maklumat beberapa lagi laman web lucah atau Porn site israel digodam.

Penggodam malaysia dari kalangan bertopi hitam atau lebih mudah dikategorikan didalam Black Hat Hackers (DevilzSec) dikatakan telah mengubah paparan utama kepada defacement mereka.

mereka juga turut menyenaraikan beberapa Kumpulan penggodam lain pada defacement tersebut, Diantaranya ialah:
- Newbi3vilc063s -
- DragonForce
- Rilekscrew
-AhliSyurga Crew
- GaySec
- luvSec
- Crew9
- Hayate Ayasaki
- S4
- D4rkDriv3r
- Sacc4frazi
- Arm4dill0.DZ
- Teamr00t
- Cyb3rS3c
- Cat-Devilcode
- DotMy-Team
- Vvip
- KamiSecTeam

Kesemua Laman web lucah atau Porn site yang digodam Kumpulan mereka:
http://ha--ush.co.il/
http://se--.co.il/
http://tara--.net/
http://h--ot.co.il/
http://---ex.net/
http://sex---.co.il/
http://p---sex.co.il/
http://ro---us.net/
http://sexfo--.co.il/
http://sexis---.net/
http://sex---n.co.il/
http://ko---om.co.il/
http://p---a.co.il/
Lihat mirror di zone-H disini: http://zone-h.org/archive/filter=1/published=0/notifier=DevilzSec

* Perkataan ditutup selepas kami memerikasa laman terbabit telah dibaiki oleh pihak israel, jadi kami tidak mahu menanggung dosa untuk setiap lawatan anda ke sana secara sengaja atau tidak.. anda boleh semak di zone-h Devilzsec Sendiri. ^_^

Facebook Azhar Sulaiman Digodam!


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Semperna musim pilihan raya,semakin dekat tarikh PRU, semakin banyak ragam siber yang mucul,Kali ini [GH] dipanggil untuk menulis artikel berkenaan akaun facebook artis tempatan kita yang katanya digodam.

Azhar Sulaiman, malalui kenyataan beliau di laman twitter nya " Facebook Saya Telah Di Hacked.Kurang Ajar!!!!,Pakatan Rakyat Halang Hak Saya Untuk Bersuara-ini Demokrasi dan Freedom Of Speech?? " selepas kami cuba meneliti dengan sedikit terperinci,kemungkinan, akaun beliau bukan digodam, sebaliknya melanggar beberapa privasi dan syarat syarat yang ditetapkan oleh pihak facebook.

Seperti yang kita ketahui,Facebook merupakan laman social percuma, dimana anda boleh berkongsi gambar,video,dan sebagainya, Namun, untuk kepentingan penjenamaan facebook, diantara syarat yang ditetapkan seperti:
  • Menjaga hak dan privasi pengguna yang lain,
  • Tidak berkongsi pautan pautan berunsur, Lucah, ganas, Perkauman,.
  • Tidak berkongsi fail seperti video, lagu dan lain lain dibawah hakcipta terpelihara dan berkaitan.
  • Tidak menyiarkan (posting) kandungan yang: ucapan benci, mengancam, atau lucah, keganasan menghasut, atau mengandungi kebogelan atau keganasan grafik atau tanpa sebab. atau anda boleh rujuk terus DISINI / dan banyak lagi..
Jadi pengguna facebook juga perlu mengambil penting berkenaan syarat dan terma yang ditetapkan pihak facebook sendiri.Mungkin artikel ini membantu jika anda menghadapi masalah yang sama. ^_^.

berkenaan Tahap keselamatan Facebook,
Facebook merupakan salah satu laman web yang berkedudukan tinggi di dunia,Facebook juga bekerja dengan pelbagai syarikat syarikat besar dunia.Keselamatan (security ) facebook juga sangat sukar untuk dipecah masuk kerana mereka mumpunyai pakar pakar keselamatan yang profesional.
Bagi pendapat [GH], Jika akaun seseorang itu digodam, mungkin kelemahan si pemilik sendiri yang makan diri, boleh rujuk artikel, Teknik serangan yang biasa digunakan para HACKER dan DEFACER!

6 laman web lucah digodam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat pembaca setia GilerHackers.SL disinie pada sekitar jam 6 petang tadi, [GH] mendapat berita bahawa 6 laman web lucah aka blue telah digodam oleh 2 hacker nakal comel dari Malaysia iaitu Brutalz Forcex dari Cat-DevilCode dan RainSeven dari DotMy Team.

Screenshot defacement :



Porn Hacked :
cc: cdcTeams | Dotmy | VViP | RileksCrew | Rain Seven DotMy | Syn Steady | Atom Mota

SL berharap lebih ramai hacker diluar sana mengodam laman web sebegini. Laman web sebegini bukan setakat tidah sihat ( vuln ) tetapi pelayar- pelayar web yang singgah juga menjadi kurang sihat pada otaknya dan organ-organ yang lain.


Berikut 6 laman web yang dinyatakan di atas :

http://webcam-sexes.com/
http://sex-live-hot.com/
http://sexes-online.com/
http://film-videos-sexe.com/
http://meet-darling.com/
http://www.sexes-online.com/

part GANGNAM STYLE ..SL no coment , ikut koranglah.. jangan GAMPANG STYLE sudah wakakkakakakakaa..

Panduan dan Undang Undang Jenayah Siber

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.Pada entri kali ini [GH] ingin berkongsi sedikit maklumat tentang panduan dan undang undang jenayah siber.

Jenayah Siber Terhadap Harta Benda
Jenayah Siber Terhadap Manusia
CURI
1) Maklumat
Senarai, rekod, email peribadi
2) Harta
Memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain
3) Perkhidmatan
Capaian tanpa kuasa di laman web berbayar

PENIPUAN
Multilevel marketing/sistem piramid, peluang perniagaan, lelongan, jualan barangan, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan, tawaran pekerjaan

PEMALSUAN
Meminda dokumen bagi memperdaya orang lain melalui laman web

KHIANAT
-Vandalisma siber: meminda laman web umum
-Pencerobohan siber : ceroboh laman web persendirian yang perlu guna kata laluan.
-Menyebarkan virus
-Pornografi dan pengedaran bahan-bahan lucah
-Gangguan Siber (cyber-harrasment)
-Pencerobohan Siber
- Memecah masuk ke laman web
- Memecah masuk ke komputer persendirian

Keganasan siber
Serangan terancang terhadap maklumat yang terkandung di dalam komputer, program komputer dan data yang menyebabkan keganasan berlaku terhadap rakyat yang tidak berdaya oleh sekumpulan orang atau agen tertentu.
Diluluskan di Parlimen pada Mac 1997
Dikuatkuasa pada 1 Jun 2000
Tujuan:
- Bagi mengawal perlakuan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer secara terus atau melalui talian.

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.

Denda
Tidak melebihi RM 50,000.00 atau
penjara 5 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Melibatkan fraud atau kecurangan atau yang
menyebabkan kecederaan

Denda
Tidak melebihi RM 150,000.00 atau
penjara 10 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Pengubahsuaian tanpa kuas kandungan mana-mana komputer.

Denda
Tidak melebihi RM 100,000.00 atau
penjara 7 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam
komputer di bawah kawalan disifatkan telah
memperolehi capaian tanpa kuasa

Denda
(sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

Akta ini digunakan terhadap sesiapa tanpa mengira kewargenaraan seseorang. Kesalahan di bawah akta ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira samaada di dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.

Maklumat lanjut sila rujuk:
http://www.msc.com.my/cyberlaws/

LulzSec Dihukum kerana serangan keatas CIA dan Pentagon


Empat lelaki dituduh melancarkan serangan dibawah panji " LulzSec" muncul di mahkamah landon untuk dijatuhkan hukuman, Ryan Ackroyd, Jake Davis, Mustafa Al Bassam, dan Ryan Cleary. kesemuanya telah mengaku bersalah dengan aktiviti Hacking (godam)

"LulzSec" atau " Ketawa diatas keselamatan Anda" merupakan salah satu kumpulan penggodam yang terkuat berkaitan dengan aktiviti godam besar Anonymous.


Mereka telah mengakibatkan kerosakan berjuta juta pounds diatas serangan terhadap NHS, CIA dan laman web tentera AS.Mereka juga mencuri sejumlah besar data peribadi seperti email, kad kredit, dan kata laluan beratus ribu orang di london.

Untuk melakukannya, mereka menggunakan rangkaian jauh dikawal komputer zombi, yang dikenali sebagai botnet yang mampu diprogramkan untuk melakukan serangan. Kod botnet ditulis oleh Cleary dan mahkamah mendapati ia mungkin telah menggunakan sehingga satu juta komputer untuk melakukan serangan melalui Internet tanpa pengetahuan pemiliknya.

Selain dari Kesalahan Hacking,Cleary juga mengaku bersalah diatas kesalah memuat turun gambar lucah bayi dan kanak kanak..

berita penuh di THN

Laman Web Gay Pakistan Digodam!

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sentiasa menyokong kami! Kami baru sahaja mendapat berita dimana laman web gay pakistan berdomain www.gay.com.pk digodam!

screenshot defacement yang dilakukan pada halman utama (index)


Susulan itu juga diantar laman yang menjadi mangsa mungkin dari hosting yang sama diceroboh:
link:
http://www.gay.com.pk/
http://humjinsparast.com/

http://hack-db.com/134106.html
http://hack-db.com/134108.html

.Sebelum ini GH pernah mengeluarkan beberapa artikel tentang laman web lucah digodam penggodam tempatan (Dotmy Team ,Cat-Devilcode).Disini kami menyeru agar lebih banyak laman web yang tidak elok seperti ini dimusnahkan.Kepada mereka yang mempunyai kemahiran tersebut,gunalah kearah yang sepatutnya.

tips memilih niche untuk blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian warga pembaca. semoga semuanya sihat dan waras belaka untuk membaca tips yang saya nak bagi hari ni. tips ni mungkin dapat memberi pendapat dan bantuan serba sedikit kepada blogger yang mula hendak serius dalam berblog dan ingin memulakan blog baru tetapi tidak tahu topik apa yang boleh dijadikan niche blog.

kepada pembaca yang masih tidak jelas apakah maksud niche, boleh rujuk kepada entri di blog saya yang bertajuk 'apa itu niche blog' ok? baiklah, ini merupakan tips-tips dan pendapat yang dapat saya berikan untuk memilih niche blog anda.

1. minat dalam niche tersebut

ya.. untuk membina satu niche blog yang berjaya, anda memerlukan komitmen. komitmen biasanya datang bersama minat. kalau korang berblog untuk menjana pendapatan, maknanya korang minat la jugak. minat duit... hehe.. kenapa penting untuk mempunyai minat untuk membina niche blog? jika anda membina blog bukan atas dasar minat, anda mungkin akan berasa bosan sebab topik yang anda bincangkan tak menarik minat anda sama sekali.

apa contoh niche blog yang menunjukkan minat? contohnya, jika anda minat dalam seni fotografi, anda mungkin boleh membina satu blog untuk berkongsi hasil kerja anda. mungkin juga anda minat memasak? anda boleh membina blog untuk berkongsi dan bertukar-tukar resepi dengan pembaca blog anda. banyak lagi minat anda yang boleh dijadikan niche untuk blog anda. be creative!

2. kepakaran atau kemahiran

apa maksud saya dengan kepakaran atau kemahiran? dengan membina niche blog, pembaca menganggap bahawa anda pakar/serba tahu mengenai topik tersebut. justeru, adalah lebih molek sekiranya anda menguasai topik yang anda hendak jadikan niche untuk blog anda supaya anda dapat membantu pembaca sekiranya mereka mempunyai kesukaran ataupun masalah dalam topik tersebut.

saya sertakan contoh di sini. sekiranya anda belum mempunyai cahaya mata dan tidak mempunyai sebarang pengalaman bersama bayi mahupun kanak-kanak, maka mungkin anda perlu elakkan untuk memilih topik keibubapaan sebagai niche blog anda. kecuali anda mempunyai seseorang yang anda boleh rujuk mengenai topik tersebut. sekiranya anda mahir dalam niche blog anda, anda akan lebih tahu apakah yang anda hendak sampaikan kepada pembaca. oleh itu, pastikan anda menguasai sesuatu topik yang anda hendak jadikan niche untuk blog anda tu ok? :)

3. rujuk blogger-blogger lama/blogger otai.

haa... ini adalah tips kepada mereka yang merancang untuk menjadi blogger yang terkenal atau ingin menjana pendapatan yang lumayan melalui blog mereka. anda boleh google 'top blogger Malaysia' untuk tahun 2010, 2011, 2012 atau mana-mana tahun, dan kaji niche yang mereka gunakan untuk blog mereka. ini adalah penting agar korang tahu apakah minat pembaca laman web dalam Malaysia.. adakah informasi? gambar-gambar pelik? resepi memasak? gosip selebriti? apakah niche yang menjadikan mereka terkenal?

menurut rujukan dan kajian saya, personally, saya mendapati bahawa 'gosip selebriti' adalah niche yang boleh tahan top dalam Malaysia setakat ni. agaknya penduduk Malaysia ni gemar bergosip kot. hehe.. saya ada terfikir pasal nak buat blog gosip, tapi takut pulak benda yang digosipkan tu tak betul karang, boleh jadi fitnah.. ish3.. nauzubillah..

tips ni penting kerana dapat menjana idea untuk anda memilih niche blog anda. akan ada satu tahap anda akan berkata, "ish.. blog niche pasal ni pun boleh top ke?".. haa.. kita tak tahu. tuah manusia tak siapa tahu kan? :)

4. halal, haram, dosa, pahala

wahai blogger sekalian, kalau dah terdesak sangat nak dapatkan view berjuta, jangan la sampai mengabaikan hukum agama. jangan la buat blog pasal cerita-cerita lucah mahupun video-video porno. memang la dapat trafik tinggi menggunung, tapi dosa pun tinggi melangit. huhu.. pasal blog gosip pun entah la. takut jugak. tak betul gosip tu boleh jadi fitnah, sebab kadang-kadang kita bukan kenal pun artis tu dan kita tak tahu hati budi dia. ada yang baik mata, tapi hati busuk, ada juga sebaliknya. kalau pun gosip tu betul, tak ke kita dah mendedahkan aib orang? apa pula hukumnya menjana pendapatan melalui blog yang mendedahkan aib orang? saya pun tak tahu. tanya Ustaz Azhar Idrus. hehe..

kesimpulan:

itulah serba sedikit tips yang dapat saya kongsikan bersama pembaca sekalian. harap dapat membantu serba sedikit ok? sekiranya anda mempunyai sebarang penambahan, komen mahupun pertanyaan, boleh tanya di blog saya. insyaallah saya akan tolong mana yang termampu. terima kasih kerana sudi membaca! :)

Dipostkan melalui ruangan Write For Us!
nama: Gary bin Asip
tajuk artikel: tips memilih niche untuk blog
blog: http://www.tutorialbloggers.com
facebook: http://www.facebook.com/BelogTutorial

Malaysia bakal sekat laman Social Facebook

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera, betul ke malaysia bakal menyekat penggunaan facebook di negara ini? mengikut apa yang di laporkan pada laman sinar harian.
Apa kata anda? cuba bincangkan.


Laporan Dari Sinar Harian:
SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.



Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.

“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya.

Azhar Sulaiman Dibuli Tentera Siber Pembangkang.


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di gilerhackers!
Terima kasih diatas sokongan anda kepada kami selama ini.Seperti yang anda tahu, [GH] merupakan sebuah blog yang mengupas isu isu semasa berkenaan jenayah siber, perkembangan teknologi terkini dan yang berkaitan.

Terbaru, di utusan malaysia mengeluarkan artikel berkaitan Azhar Sulaiman, Nampaknya Azhar Sulaiman menjadi perhatiaan media baru baru ini,Kepada anda yang baru mengikuti perkembangan ini,boleh rujuk artikel sebelumnya di gilerhackers atau gunakan sahaja search box pada bahagian sidebar ini dan masukan keyword "Azhar Sulaiman"

petikan dari Utusan Malaysia: Azhar Sulaiman tidak mahu ambil tindakan lanjut
KUALA LUMPUR 1 Mei - “Tiada tindakan susulan, hanya laporan polis untuk langkah-langkah keselamatan saya dan keluarga," kata pelakon Azhar Sulaiman, 42.

Pelakon filem Abang 92 itu memberitahu Utusan Online, dia tidak berhasrat mengambil tindakan susulan selepas membuat laporan polis ekoran diugut di laman sosial Facebook.
Menurut pelakon itu, laporan polis itu dibuat sebagai tindakan yang perlu dilakukan selepas merasakan dirinya dan keluarganya diancam.

"Saya tidak berfikir untuk mengambil tindakan lebih lanjut selepas membuat laporan polis. Saya tahu perbuatan mengancam dan mengugut keselamatan diri saya dan keluarga itu perbuatan askar siber pembangkang. Apa yang saya tahu, sekurang-kurangnya pendapat saya kini telah didengari kedua-dua belah pihak dan itu adalah sesuatu yang baik," katanya.
Tambah Azhar, dia tahu askar siber pembangkang sentiasa memerhatikan tindakannya di laman sosial dan akan membuat tindakan berani tanpa mengira kesan kepada orang lain.

"Bila saya buat semula akaun baru di laman sosial Facebook, terus ada beberapa orang yang tidak dikenali 'add' saya. Ini bermakna mereka sentiasa memerhatikan tindakan saya," jelasnya.
Azhar telah mengeluarkan kenyataan yang agak berani di laman sosial apabila mengkritik kepimpinan dalam parti pembangkang baru-baru ini.

Keberanian Azhar telah menyebabkan dirinya dikritik hebat oleh penyokong pembangkang, termasuklah beberapa komen yang berbaur ugutan, sehingga menyebabkan pelakon itu mengambil keputusan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Laporan polis oleh Azhar telah dibuat pada Selasa lalu di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail. - UTUSAN ONLINE.

INI PULA PANDANGAN PERIBADI KAMI.
Terlebih dahulu, [GH] ingin menyatakan disini, pandangan ini adalah bersifat peribadi,Jika ia bercanggah dengan pendapat anda,Sebagai rakyat malaysia,sila bincangkan secara berhemah dan profesional.

Pertama, Sebelum anda menggunakan mana mana perkhidmatan rangkaian social seperti facebook,twitter,myspace dan sebagainya. mari kita ketahui serba sedikit apakah jenis kesalahan diketegorikan dalam Media Social:

1. Aktiviti penipuan melibatkan laman web perbankan dan dan pelaburan palsu
2. Pelanggaran Hakcipta dengan mengedar atau berkongsi kandungan berbentuk imej,video, audio, visual tanpa kebenaran pemilik.
3. Memfitnah Seseorang dengan tujuan menjatuhkan maruah, Imej dan nama baik orang tersebut dimata masyarakat.
4. Penyebaran kandungan Pornografi, lucah dan sumbang

Jadi bagi [GH] sebelum anda menghukum atau mengeluarkan satu satu kenyataan,Sila tanya pada diri anda sendiri, adakah sudah cukup menjaga beberapa tatatertib penggunaan Social Media?. Oh sebelum itu kami juga ingin memberitahu, Malaysia juga mempunyai Cyber Security .Berkenaan aduan atau jenayah siber, anda boleh rujuk pada laman rasmi mereka di www.cybersecurity.my

Senarai Penggodam Tempatan Kerap aktif! (bhg 1)

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera,kali ini saya papa publo mewakili [GH] untuk entri "SENARAI PENGGODAM TEMPATAN KERAP AKTIF",terlebih dahulu.. saya ingin menyatakan disini,ini adalah pandangan peribadai kami crew crew gilerhackers. ok jum terjah!

1- Rilekscrew
Rilekscrew merupakan diantara crew yang mempunyai nama besar didalam dunia siber,mereka pernah mengemparkan malaysia ketika mengodam laman sesawang milik kerajaan satu ketika dahulu,Walaupun mereka sekarang kurang melakukan defacement keatas laman laman sesawang, tetapi mereka masih lagi kekal aktif di dalam dunia siber,

Diantara hasil kerja mereka sehingga sekarang masih disebut sebut para pencinta it dimalaysia ialah ketika Jack Sparrow rilekscrew berjaya mengodam raja LIKER, facebook hot FM yang mana mempunyai sebanayak 1,085,703 likes setakat ini! Jack sparrow rilekscrew adalah salah seorang penggodam yang sangat berminat merampas fan page artis artis dimalaysia.namun ia hanyalah sekadar ingin mengingatkan admin supaya lebih hati hati,bak kata pepatah, Pengalam mengajar kita menjadi lebih dewasa

2. VVIP
VVIP mengikut apa yang diketahui kami, mereka merupakan diantara pecahan dari rilekscrew tetapi dengan corak serangan mereka yang lebih ganas  keatas laman sesawang yang menjadi mangsa,mereka boleh diketegorikan sebagai penggodam dari kalangan bertopi hitam. seperti apa yang terpapar diatas defacement mereka:
" VVIP IS MALAYSIAN BLACK HAT TEAM"
Dengan barisan ahli ahli mereka yang berpengalaman di dalam dunia IT,ini membuatkan mereka  lebih dikenali dan disegani penggodam  pengodam lain

3.Cat devilcode
Cat devilcode merupakan penggodam yang dibaris anak anak muda yang mana umur kebanyakan dari mereka adalah diantara 16- 22 tahun,ini membuatkan mereka unik,walaupun sebegitu,mereka pernah mengodam laman kastam diraja malaysia dan mendedahkan hasil pendapatan dan cukai kastam diraja malaysia pada pertengahan tahun lepas.

Cat devilcode juga merupakan gambungan diantara Devilcode (salah satu daripada penggodam dari indonesia) dan Cat-devilcode ialah kumpulan penggodam bertopi hitam Malaysia,dengan slogan mereka, "Kami dapat,Kami Kongsi,Tiada Satu pun yang ketinggalan" sangat sesuai dengan corak ganas mereka menceroboh/menggodam sesuatu laman sesawang

4.CyberSec
Cybersec merupakan salah satu kumpulan yang gemar menguji keselamat keatas laman sesawang kerajaan malaysia,mungkin kerana maksud cybersec itu sendiri atau cybersecurity.mereka bertindak  dengan memanfaatkan kelemahan atau lubuang lubang yang terdapat pada sesuatu laman sesawang untuk mencerobohnya.Dan ini menjadikan si pemilik sedar bahawa laman sesawang mereka masih tidak selamat dan berharap dapat menampal lubang lubang yang ada.

Walaupun cara mereka berbeza,tetapi mereka sebenarnya lebih kepada mengingatkan sipemilik tentang keselamatan website mereka.apa yang menarik tentang cybersec ialah mereka pernah melakukan defacement pada halaman utama laman sesawang  rasmi justin biber..

5.Dotmy crew
Dotmy crew diantara penggodam yang sangat aktif pada waktu sekarang,Apa yang [GH] perhatikan mereka sejak kebelakangan ini banyak melakukan pencerobohan terhadap laman laman sesawang lucah atau dipanggil porn site! mereka sekaligus bertindak memadam semua fail fail,folder dan memusnahkan  data based mangsa!

Dan baru baru ini mereka telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Dotmy Crew bukanlah penggodam dari kalangan bertopi hitam,mengikut apa yang dimaklumkan,Dotmy  adalah dari pecahan H3xor crew dan beberapa tambahan ahli baru,Tujuan dotmy crew ditubuhkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara ahli ahli Hexor crew yang sedang mengalami kontrovesi.

Sampai disini sahaja ulasan dari kami [GHteam] untuk entri "Senarai Penggodam tempatan kerap aktif bahagian 1, kita sambung pada bahagian yang ke-2 nanti.sekali lagi kami dari Gilerhackers meyatakan ini adalah pandangan peribadi kami.jika ianya bercanggah dengan pendapat anda.kami memohon maaf diatas kenyataan ini,, sekian..

Your papa Pablo Santos..

Dotmy Team Malaysia Kembali lakukan Serangan

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera,
DOTMY TEAM? Siapa mereka?
Dotmy team merupakan satu kumpulan pencinta IT yang bergerak secara "bawah tanah" Underground,Walaupun mereka menafikan bahawa kumpulan mereka bukan terdiri didalam golongan Black Hat hackers! tetapi dengan corak serangan ganas menjadi tanda tanya :P

Sebelum Ini GH pernah mengeluarkan beberapa artikel tentang Isu Laman web Lucah di godam beberapa penggodam Tempatan.

Setelah sekian laman DOTMY team sepi didalam dunia siber mereka,kebelakangan ini GH perhatikan RainSeven DOTMY selaku pengasas kumpulan aktif melakukan kegiatan "godam" dengan mendeface beberapa halaman. Terbaru, laman transferapatient.com menjadi mangsa pencerobohan!


Mesej yang disampaikan berbentuk "TINGKATKAN KESELAMATAN" namun begitu, seolah olah mempunyai mesej tersembunyi disebalik penyampaiannya...
Lihat semua rekod Rain Seven Dotmy di zone-h DISINI
 

© Copyright 2013 [GH] GilerHackers! All Rights Reserved.
Beo v.3 Themes Design by BukhariMalek | Contact On Facebook Diselenggara Oleh: IdeaKreatif